fbpx

Hukum khidmat ibu tumpang, berdosa di sisi agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Drama Senyawa kini popular dalam kalangan peminat.

MEMPERJUANGKAN isu tentang ibu tumpang, naskhah terbitan iQIYI iaitu Senyawa berjaya menambat hati pencinta drama tanah air.

Membariskan pelakon hebat seperti Shah Jaszle, Trisha Ooi dan Siti Hariesa, drama tersebut turut tular dalam media sosial selain jalan ceritanya meraih pujian ramai.

Menurut segelintir penonton, Senyawa membuka mata ramai tentang isu ibu tumpang yang jarang diketahui  umum, namun hakikatnya berleluasa dalam masyarakat hari ini.

Meski begitu, terdapat juga yang mempertikai tentang mesej jalan cerita tersebut kerana beranggapan mampu menggalakkan lagi orang ramai melakukan perkara terlarang itu.

“Harap orang tak terpengaruh dan nak guna khidmat ibu tumpang. Berdosa!

“Lakonan semua pelakon bagus, paling hebat pastinya Trisha.

“Terima kasih pengarah sebab ketengahkan isu ibu tumpang, ada yang buat sebenarnya, takut zaman sekarang,” komen netizen.

Senyawa yang mempunyai 12 episod juga merupakan hasil arahan sutradara hebat, Eyra Rahman.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI