fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara yang terjejas ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan beberapa kawasan di Sabah.

“Di Perak, hujan lebat diramalkan melanda Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Bagi negeri-negeri Pantai Timur, cuaca buruk dijangka tertumpu di Jeli, Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang, ribut petir dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” tambahnya.

Bagi Sabah, kawasan Pedalaman seperti Nabawan dan Tambunan, serta Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) dijangka terkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI