GOPENG – Empat penumpang cedera dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah treler di Kilometer (KM) 295.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara pukul 4.03 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang cedera membabitkan tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
Menurutnya, bas yang membawa rombongan 40 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan dari Melaka ke Kedah.
“Berdasarkan siasatan awal, bas persiaran itu telah melanggar bahagian belakang treler dan semua mangsa cedera telah menerima rawatan di hospital,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE