fbpx

Cuaca cerah di seluruh Semenanjung negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah di seluruh Semenanjung negara pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat pukul 11.30 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Sabah.

“Sekitar Lembah Klang juga dijangkakan tidak mengalami sebarang hujan lebat dan angin kencang pagi ini.” katanya.

Walaubagaimanapun, cuaca buruk akan melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Tambahnya, kawasan yang terlibat adalah Betong di Saratok dan Kabong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI