fbpx

Beberapa negeri alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri-negeri yang terjejas melibatkan Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Terengganu, cuaca buruk dijangka melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Sementara itu, di Pahang, kawasan yang terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Selangor pula, ribut petir dijangka melanda kawasan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka berlaku di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Di Melaka, Jasin turut terlibat dalam amaran cuaca buruk ini.

Tambahnya, keadaan yang sama diramalkan melanda Johor di kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan Mukah, Matu, Dalat, Bintulu dan Tatau dijangka mengalami cuaca buruk.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat meliputi Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), serta Sandakan (Kinabatangan),” ujarnya.

Penduduk di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko banjir kilat serta pokok tumbang akibat cuaca buruk ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI