fbpx

‘Banyak spekulasi tidak benar, kami serbu 5 pagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jadsadavit Inprapan.

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Kata Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan, pihaknya menjalankan siasatan mengikut prosedur tanpa mengira status suspek sama ada melibatkan individu popular atau orang biasa.

“Kita tidak kenal mereka siapa,” kata beliau.

Ujarnya, setiap kes disiasat secara adil tidak kira kesalahan dadah atau jenayah lain yang dilakukan di kawasan Sungai Golok.

“Ada yang mengatakan bahawa mereka diperangkap atau dikhianat apabila ada dakwaan bahawa dua individu yang dipercayai melarikan diri. Siasatan mendapati, kesemua dadah itu dijumpai di bawah sinki di dalam bilik yang ada kesemua suspek.

“Kita menjalankan operasi kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi di hotel itu sebelum menyerbu bilik keenam-enam suspek pada pukul 5 pagi dan mereka semua ada di situ,” ujarnya.

Jadsadavit berkata, selain itu, ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah dan kebiasaannya keputusan awal itu akan digunakan untuk setiap kes dadah.

Menurutnya, selain sampel urin, keputusan forensik pil kuda yang dijumpai dan cap jari akan diperoleh tidak lebih daripada sebulan selepas tangkapan suspek.

“Banyak pihak yang mengeluarkan pelbagai spekulasi yang tidak benar mengenai kes itu, tetapi ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

“Jadi, polis menahan mereka berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh iaitu sebanyak 6,000 biji pil kuda dan ujian urin kesemua suspek,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada Jumaat minggu lalu.

Tiga lelaki dan tiga wanita termasuk penyanyi terbabit ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI