fbpx

Banduan Islam di Penjara Narathiwat diberi makan percuma tiga kali sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

NARATHIWAT, THAILAND – Banduan beragama Islam di Penjara Narathiwat diberikan makanan halal percuma sebanyak tiga kali sehari.

Menurut Jurucakap Penjara Narathiwat, tukang masak juga orang Islam dan itu merupakan kelebihan kepada tahanan yang ditempatkan di penjara di tiga wilayah Selatan Thailand.

Katanya, selain itu, pihak penjara juga ada menyediakan sesi ceramah agama dan mengajar al-Quran kepada tahanan beragama Islam yang dikendalikan oleh pelajar universiti secara bersemuka atau dalam talian.

“Penjara Narathiwat mampu memuatkan seramai 2,400 orang dan kapasiti keseluruhan tahanan ketika ini adalah 2,879 tahanan.

Katanya, mengikut prosedur operasi standard penjara di negara itu, seorang tahanan diberikan ruang seluas 1.2 meter persegi untuk mereka tidur.

“ Pihak penjara juga membuat garisan berbentuk kotak untuk menandakan ruang bagi seorang tahanan dan semua keperluan tahanan di Penjara Narathiwat ditanggung oleh kerajaan.

“Tiada bayaran dikenakan kepada tahanan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI