fbpx

Anak pemandu forklift terima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD SYAFIZUL (tengah) memeluk erat ibunya selepas tamat sidang pertama Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 hari ini.

ARAU – Meskipun bapanya hanya bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah kilang, namun minat dan kesungguhan dalam bidang kejuruteraan tidak menghalang Mohammad Syafizul Zolkurnin, 25, untuk cemerlang dalam pendidikan.

Ia terbukti apabila pemuda berasal dari Pantai Merdeka, Kedah itu menerima Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Mohammad Syafizul, anak sulung daripada tiga beradik berkata, minatnya terhadap kejuruteraan telah bermula sejak kecil apabila sering menghabiskan masa mereka bentuk rumah dan bot menggunakan kayu.

“Sejak kecil saya sudah tertarik dengan kejuruteraan dan ia menjadi pendorong utama untuk saya melanjutkan pengajian dalam bidang ini.

“Selain itu, sebagai anak sulung, saya bertekad mengubah nasib keluarga melalui kejayaan akademik ini,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-19 di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMap Pauh Putra di sini hari ini

Menurut Mohammad Syafizul, gaji yang diterimanya kini sebagai jurutera proses di sebuah syarikat multinasional kini bersamaan pendapatan bapanya serta ibunya bertugas sebagai kerani dan sangat gembira mampu meringankan beban keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI