fbpx

Ada 30 banduan rakyat Malaysia di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjara Narathiwat.

NARATHIWAT, THAILAND – Terdapat 30 rakyat Malaysia termasuk enam suspek kes dadah yang ditahan baru-baru ini ditempatkan di Penjara Narathiwat di sini.

Kata Jurucakap Penjara Narathiwat, ahli keluarga juga dibenarkan untuk melawat tahanan seminggu sekali dalam tempoh 15 minit, namun perlu membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu.

Menurutnya, Penjara Narathiwat baru empat tahun beroperasi selepas ia dipindahkan dari tapak asal penjara tersebut yang terletak di bandar Narathiwat.

“Semua keperluan tahanan di Penjara Narathiwat ditanggung oleh kerajaan,” ujarnya.

Tiada bayaran dikenakan kepada tahanan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI