fbpx

ACL2: Jeonbuk patut menang lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OROBO (kiri) menjadi wira Jeonbuk apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Selangor. - AFC

PENGENDALI Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Do-heon menganggap pasukannya wajar mendapatkan kemenangan lebih baik ke atas Selangor FC pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan kelmarin.

Bagaimanapun, Do-heon merasakan kejayaan 1-0 hasil jaringan tunggal Tiago Orobo pada minit ke-22 sudah memadai untuk anak-anak buahnya kembali merampas kedudukan pendahulu kumpulan dengan kini mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan.

“Dari segi corak permainan, adalah lebih baik jika ia berakhir dengan lebih banyak jaringan. Ini adalah proses penting, namun kami juga perlu beri kegembiraan kepada penyokong dengan menjaringkan lebih banyak gol.

“Kami menyiapkan pasukan untuk membina gerakan sedikit demi sedikit. Namun, paling penting adalah kemenangan kerana tiga mata sentiasa menjadi keutamaan.

“Sebagai jurulatih, saya dan pemain sudah pun bekerja keras untuk mencapai matlamat ini. Motivasi kami adalah untuk terus berkembang pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun berjaya menamatkan kemarau kemenangan, namun kejayaan tipis tuan rumah ke atas Gergasi Merah masih tidak menggembirakan penyokong kelab dari Korea Selatan itu.

Berdasarkan laporan Sports Chosun, sebahagian penyokong turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan hanya satu gol memandangkan Jeonbuk dilihat lebih banyak menguasai permainan sepanjang tempoh 90 minit aksi kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI