fbpx

Warga emas diperintah bela diri edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Seng ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi hari ini.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah dengan berat keseluruhan 21.5 kilogram (kg), empat tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie yang dihadapi Lim Boon Seng, 61 di akhir kes pendakwaan.

Latifah dalam penghakimannya memaklumkan tindakan kedua-dua tertuduh cuba melarikan diri sehingga merempuh kenderaan pasukan polis di tempat kejadian jelas menunjukkan mereka tahu akan barang kes tersebut dan kesalahan yang telah dipertuduhkan.

“Berkaitan pengetahuan dadah dijumpai telah disembunyikan di dalam satu bahagian kereta dan dipek dalam bungkusan teh cina juga menunjukkan kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam kereta tersebut.

“Mahkamah juga mendapati bahawa berdasarkan cara dadah tersebut dibawa dan dalam jumlah yang banyak mengambil kira ‘common sense approach’ menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh sememangnya berniat mengedar dadah.

“Oleh itu, tertuduh dipanggil membela diri dengan tiga pilihan berikan,” katanya.

Peguam Jayendran memaklumkan hanya seorang saksi akan ditampilkan iaitu anak guamnya dengan memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi bagi prosiding bela diri yang ditetapkan pada 4 dan 5 Disember depan.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Boon Seng didakwa bersama seorang lelaki yang telah meninggal dunia telah didapati mengedar 14,363.3 gram(g) Methamphetamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 7,170 gram (g) di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Subang Jaya, kira-kira pukul 2.50 petang pada 24 Julai 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Heikal Ismail telah enam orang saksi sepanjang perbicaraan dimulakan pada 26 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI