fbpx

Vivy, suami rekod keterangan hari keempat di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivy (kiri) dan suami tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk direkod keterangan pada hari keempat di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini untuk direkod keterangan.

Pasangan itu tiba kira-kira pukul 9.13 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Turut kelihatan peguam pasangan itu, Shaarvin Raaj Selva Kumar.

Difahamkan, pasangan itu akan dirakam keterangan berkait beberapa transaksi didakwa meragukan susulan pendedahan 60 dokumen berkaitan oleh SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mendedahkan wujud transaksi meragukan selepas pihaknya menganalisa 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada Fashion Valet, Khazanah dan PNB.

Beliau dilaporkan berkata, transaksi itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI