fbpx

Swiatek menang tapi tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK akur gagal ke separuh akhir meskipun berjaya menang ke atas Kasatkina semalam. - AFP

RIYADH – Bintang tenis No. 2 dunia, Iga Swiatek terpaksa melupakan hasratnya untuk mara ke peringkat separuh akhir WTA Finals selepas kekalahan Coco Gauff kepada Barbora Krejcikova semalam.

Krejcikova berjaya menewaskan Gauff dengan keputusan 7-5, 6-4 dalam perlawanan terakhir kumpulan, sekali gus menghancurkan harapan Swiatek yang memerlukan juara Wimbledon itu tewas bagi menempah tiket ke peringkat seterusnya.

Walaupun Swiatek meraih kemenangan 6-1, 6-0 ke atas Daria Kasatkina dalam satu lagi aksi berlangsung tetapi ia tidak mencukupi untuk membolehkannya layak ke separuh akhir.

Swiatek yang cemerlang mengatasi Kasatkina dalam masa hanya 51 minit mengakui dia tidak menyedari peluangnya untuk layak ke separuh akhir bergantung sepenuhnya kepada keputusan perlawanan antara Gauff dan Krejcikova

“Jujur saya tidak rasa ia penting kerana kami bermain untuk memenangi setiap perlawanan. Jadi, saya tidak memikirkannya,” kata jaguh tenis Poland tersebut.

Selepas ini, Swiatek dijangka meneruskan perlawanannya musim ini dengan memimpin Poland dalam saingan Piala Billie Jean King yang akan berlangsung di Malaga, Sepanyol bermula 13 November ini.

Sebagai rekod, Krejcikova mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan dan akan berdepan Zheng Qinwen dari China, manakala Gauff bakal membuat perhitungan dengan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka.

“Sudah tentu ini adalah kemenangan yang sangat bermakna. Saya gembira dengan cara saya bermain dan prestasi ini. Ia adalah perlawanan yang sangat penting buat saya,” kata Krejcikova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI