fbpx

Suspek cuma saudara jauh, bukan kekasih mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mangsa hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, sebentar tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Suspek lelaki yang menikam wanita dan bapanya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Farlim, Ayer Itam di sini semalam bukanlah kekasih mangsa tetapi cuma saudara jauh.

Seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) berkata, suspek didakwa sering datang ke rumah mangsa dan tahu akan rutin harian wanita berusia 30 tahun itu.

Wanita tersebut dikatakan bekerja sebagai jurujual dan merupakan ibu kepada tiga orang anak.

“Perhubungan mereka hanya berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan sahaja. Suspek ada ‘bau-bau bacang’ dengan mangsa dan ayahnya. Suspek dipercayai berasal dari Karangan, Kulim.

“Suspek dikatakan kenal dengan mangsa dan bapanya, suspek dipercayai menaruh perasaan kepada mangsa wanita namun mangsa tidak mempunyai perasaan terhadap suspek,” katanya di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kosmo! difahamkan proses bedah siasat mangsa wanita telahpun selesai dijalankan pada masa ini, manakala proses bedah siasat jenazah bapanya masih belum dijalankan.

Jenazah kedua-dua beranak itu akan disolatkan di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong, petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI