fbpx

SIC akan baik pulih keadaan litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIC akan melalui proses baik pulih selepas mendapat rungutan daripada pelumba pada GP Malaysia minggu lalu.

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) akan melihat semula kerosakan pada permukaan litar sepanjang 5.54 kilometer sejurus berakhirnya Grand Prix (GP) Malaysia 2024 selepas mendapati ada beberapa selekoh berbahaya dan permukaan tidak rata.

Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, Marc Marquez dan Enea Bastianini sebelum ini turut menyatakan kebimbangan, terutama di selekoh kesembilan yang memiliki permukaan jalan tidak rata.

Disebabkan masalah tersebut, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terkena tempias apabila gagal mengawal jenteranya dan terjatuh pada perlumbaan pecut Sabtu lalu, sekali gus kehilangan mata penting dalam perebutan gelaran dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan dengan kontraktor yang dilantik untuk melihat semula permukaan litar tersebut dan melakukan beberapa pembaikan awal.

“Jika melihat pada mata kasar kita perlu buat penambahbaikan di situ, Insya-Allah kita akan melakukan perbincangan dengan pihak kontraktor kami untuk tambah baik di selekoh kesembilan.

“Kita juga lihat ada beberapa masalah juga di selekoh kedua dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi memastikan ujian pramusim rasmi MotoGP musim depan tidak terganggu.

“Selepas itu, kita akan mencari dana tertentu untuk kita buat penurapan semula litar pada 2026,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan pada Ahad lalu.

Kali terakhir lita Litar Sepang diturap semula secara keseluruhan adalah pada awal 2016 selain litar kebanggaan negara itu turut menjalani penurapan sebahagian kawasan membabitkan laluan antara selekoh ketujuh dan 12 pada tahun lalu.

Pada perlumbaan edisi ke-25 Ahad lalu, GP Malaysia mendapat sambutan menggalakan apabila merekodkan peningkatan jumlah kehadiran penonton 184, 923 orang sepanjang tiga hari penganjuran, mengatasi angka 182,912 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI