fbpx

Program My Gaya Month jana hasil  RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bon Zainal (kiri) pada majlis penutup kempen KBBM di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di bawah program My Gaya Month (MGM) telah berjaya mencatat rekod jualan tertinggi pada tahun ini sebanyak RM1 juta daripada 30 jenama yang menyertai acara tersebut.

Program anjuran  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dan Malaysian Bumiputera Designer Association (MBDA) itu telah bermula 6 Oktober lalu di salah sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini dengan menempatkan reruai jualan para peniaga.

Jualan secara online turut dilaksanakan secara serentak untuk membolehkan peniaga yang terlibat berjaya menjana hasil yang baik.

Menurut Pengasas MBDA, Bon Zainal Harun, pencapaian itu adalah berkat kerjasama erat antara pihaknya dengan KPDN serta sokongan yang kuat daripada pihak pengurusan syarikat beli-belah dan juga pelbagai penaja.

“Kempen itu bukan sekadar mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan tetapi juga menarik perhatian pelancong luar negara termasuk dari China yang sanggup berkunjung ke acara MGM 2024 itu bagi memborong produk buatan Malaysia.

“Kita dapat lihat sebenarnya kualiti barangan dan produk tempatan adalah setaraf dengan produk antarabangsa dan mempunyai daya tarikan yang meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui dalam Acara Penutup KBBM di sini baru-baru ini

Bon menjelaskan, penganjuran KBBM melalui MGM 2024 ini dilihat sebagai langkah strategik yang dapat mendorong kepada pengukuhan ekonomi negara melalui sokongan industri tempatan, terutamanya dalam sektor kreatif dan pembuatan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI