fbpx

‘Penyedap lagu je’ – Wani Kayrie pertahan lagu berjudul Aiman Tino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI memaklumkan lagu terbaharunya berjudul Aiman Tino tiada kena mengena dengan kisah hidup penyanyi lelaki itu. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA – Meluncurkan single berjudul Aiman Tino, penyanyi Wani Kayrie menegaskan karya tersebut tiada kena-mengena dengan penyanyi lelaki itu.

Bagi Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah, 24, penggunaan nama rakan industrinya itu hanya untuk menyedapkan lagu sekali gus tampil dengan sesuatu yang unik.

Lagu ini memang tajuknya Aiman Tino tetapi jalan cerita dan lirik lagu tiada kena-mengena dengan penyanyi itu. Kami pun sudah minta izin Aiman untuk keluarkan lagu menggunakan namanya.

“Lagu ini diciptakan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan semasa saya dapat demo memang tajuknya Aiman Tino. Dia kata nama itu hanyalah ritma untuk masuk dengan lirik lagu.

“Sebelum ini kita sudah mempunyai lagu seperti Sofea Jane. Nama Aiman Tino hanyalah sebagai penyedap lagu sahaja,” katanya selepas sidang akhbar Futureland Festival semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kamu Kamu itu mengakui agak bimbang membawakan lagu terbabit namun lebih yakin selepas meneliti setiap bait lirik lagu.

“Pada mulanya saya ingatkan lagu ini ditujukan untuk Aiman Tino tetapi tidak sebenarnya. Apabila mendengar, lagu ini sangat ‘catchy’ lalu membuatkan saya mahu menyanyikannya.

Semasa dapat lagu ini, ada rasa ragu-ragu kerana dia kawan saya tetapi apabila kami berbincang bersama pihak pengurusan dan merujuk lagu-lagu sebelum ini, kami asakan di dalam lagu tersebut tiada langsung cerita buruk tentang dia.

“Malah, liriknya baik-baik sahaja. Jadi saya rasa tidak akan ada masalah,” ujarnya lagi.

Tambahnya, Aiman sudah sedia maklum dengan lagu tersebut dan teruja apabila dimaklumkan Ezra menggunakan namanya sebagai judul lagu.

“Saya ada meminta pihak pengurusan untuk menghubunginya dan dia sudah maklum perkara ini.

Malah Aiman juga sangat teruja dan gembira apabila tahu yang penulis lagu ini ialah Ezra.

“Dia tak menyangka pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sendiri yang menggubah dan menggunakan namanya sebagai tajuk lagu,” tuturnya.

Sebelum ini, ramai mempersoalkan penggunaan nama Aiman Tino dalam lagu terbaharu Wani lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu sudah bergelar suami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI