fbpx

Norakma angkat martabat hoki negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAKMA pernah bertugas sebagai pegawai teknikal pada Sukan Asia Hangzhou 2023.

PEGAWAI sukan berpengalaman, Norakma Hashim sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dilantik sebagai Delegasi Teknikal (TD) untuk Trofi Juara-Juara Asia Wanita (ACT) 2024 di Bihar, India yang dijadualkan berlangsung 11 hingga 20 November ini.

Pelantikan tersebut tidak hanya menjadi tanda penghormatan buat Norakma, tetapi juga pengiktirafan terhadap komitmen serta kepakaran Malaysia dalam arena hoki di benua Asia.

Norakma yang kini bertugas di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) menganggap pelantikannya sebagai TD sebagai satu cabaran mengujakan yang akan memberi warna baharu dalam kariernya.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Persekutuan Hoki Asia (AHF) atas kepercayaan ini. Ia adalah amanah besar yang saya ambil sebagai peluang untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya.

NORAKMA pernah bertugas sebagai pegawai teknikal pada Sukan Asia Hangzhou 2023.

Norakma yang memiliki pengalaman selama lapan tahun sebagai pegawai teknikal menyatakan ini adalah kali kedua dia bertugas dalam saingan ACT setelah kali pertama di Singapura pada 2016 sebagai hakim kejohanan.

Esok, Norakma akan berlepas ke Bihar bersama tiga lagi wakil Malaysia yang lain iaitu Annie Thomas sebagai pengurus pengadil, Noorrafeah Daud selaku pegawai teknikal dan Norasyikin Md Shariudin sebagai pengadil.

“Kepada Noorrafeah, Annie dan Norasyikin, saya ucapkan selamat maju jaya. Ini adalah peluang untuk kita sama-sama memajukan peranan wanita dalam arena sukan, bukan hanya sebagai atlet tetapi juga sebagai pegawai yang berwibawa,” tambahnya.

Sebelum ini, Norakma pernah menganggotai skuad Malaysian Tigress yang meraih emas Piala Asia Dalam Dewan 2009 di Ipoh serta gangsa edisi 2012 di Bangkok selain turut menyarung jersi kebangsaan pada Piala Asia Remaja 2000 di Kuala Lumpur.

Di pentas antarabangsa, Norakma mula menempa nama sejak pelantikan pertamanya sebagai pegawai teknikal di Piala Asia Remaja Wanita 2015 di Changzhou, China sebelum mendapat penghormatan menjalankan tugas pada kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman dan Sukan Asia Hangzhou 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI