HAMPIR dua tahun ‘hilang’ daripada dunia seni, malah pernah berputus asa untuk meneruskan karier nyanyian, penyanyi Shahir Zawawi akur perjalanan seninya masih belum berkubur. Biarpun terpaksa mendaki semula daripada bawah, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir, 36, yang kini berada di bawah naungan label, World Peace Entertainment memberanikan diri muncul dengan single baharu berjudul, Aksara. Uniknya, Shahir yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang cukup menjaga privasi, termasuk jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum terbuka untuk ‘menjual’ wajah isterinya, Jaskin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya