fbpx

Lelaki rentung terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Padang, Bukit Bakri, Muar yang mengorbankan seorang lelaki Myanmar dalam kejadian malam tadi.

MUAR – Seorang lelaki warga Myanmar rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Padang, Bukit Bakri di sini malam tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Ab Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.28 malam.

“Seorang mangsa lelaki, Hein Htet yang berusia 26 tahun, warga Myanmar didapati terperangkap dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan struktur rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri dalam keadaan api merebak dengan cepat.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 8.50 malam, namun punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI