fbpx

Keluarga sangka hantu, rupanya anak sendiri bakar perabot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail api ‘misteri’ yang muncul di sebuah rumah di Asahan. - Foto Tribun Medan

JAKARTA  –  Seorang pelajar berumur 13 tahun dikenal pasti menjadi dalang di sebalik api misteri yang muncul secara tiba-tiba dan membakar perabot di rumah keluarga berkenaan di Asahan, wilayah Sumatera Utara, lapor portal Harian Mistar.

Sebelum ini, kejadian aneh itu dikaitkan dengan perkara ghaib kerana penduduk hairan api tersebut muncul tiba-tiba.

Ketua Polis Asahan, Afdhal Junaidi berkata, pihaknya mendapati kemunculan api itu bukan kerana aktiviti paranormal atau perkara ghaib tetapi perbuatan pelajar itu yang dikenali sebagai  NA.

Terdapat seorang saksi menyatakan bahawa dia melihat NA memegang pemetik api dan membakar barang-barang di dalam rumah keluarganya.

Setelah disiasat  lebih lanjut, NA akhirnya mengaku dia mencetuskan kebakaran misteri itu dengan menggunakan pemetik api.

Afdhal berkata, berdasarkan pemeriksaan perubatan, NA mengalami gangguan psikologi sejak kecil.

“Pelaku yang masih di bawah umur ini terbukti memiliki gangguan psikologi setelah diperiksa oleh doktor,” ujarnya.

Pelajar itu tidak ditahan kerana masih di bawah umur di samping faktor keadaan kesihatan mentalnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI