fbpx

Guardiola janji balas dendam, tebus aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mahu menebus maruahnya selepas pasukannya diaibkan City 1-4 dalam aksi UCL kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan memberi muka kali kedua kepada pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim apabila kedua-dua pasukan berentap pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Guardiola seakan mahu membalas kekalahan mengejut 1-4 pasukannya kepada Sporting Lisbon dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah kelmarin yang mana ia adalah perlawanan terakhir Amorim di laman sendiri sebelum berhijrah ke United minggu depan.

Namun, Guardiola dengan pantas menegaskan bahawa matlamat City tetap tidak tergugat selain berikrar akan memberi saingan sengit kepada pengurus baharu The Red Devils itu.

“Kami akan bertemu mereka dua kali dalam Liga Perdana Inggeris dan mungkin juga dalam Piala FA. Tetapi, dalam Liga Juara-Juara Eropah, itu tidak mungkin berlaku (United hanya bermain di Liga Europa),” ujar Guardiola.

Pertemuan EPL pertama City menentang United dijadualkan pada 14 Disember ini di Stadium Etihad yang dijangka menjadi pentas epik antara Guardiola dan Amorim.

Tambah Guardiola, kedudukan United yang tidak layak ke UCL musim ini memberikan ruang kepada Amorim untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Liga Europa.

Sementara itu, pemain tengah City, Bernardo Silva mengakui suasana di bilik persalinan kini sedikit muram selepas mencatat tiga kekalahan berturut-turut selepas disingkirkan Tottenham Hotspur dalam kempen Piala Liga Inggeris selain tewas mengejut kepada Bournemouth.

“Ini adalah tempoh yang sukar buat kami. Tiga kekalahan berturut-turut bukan perkara biasa dalam tujuh musim. Kami perlu segera mencari punca dan bangkit semula,” kata Silva yang berharap pasukan melakukan perubahan besar untuk kembali ke landasan kemenangan.

City akan kembali meneruskan saingan EPL menentang Brighton di Stadium Amex awal pagi Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI