fbpx

GISBH: Hubungi polis dapatkan maklumat anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Azizi (kiri) kepada Zulkafli (kanan) yang memangku jawatan Ketua Polis Perak selepas Azizi bersara wajib Ahad ini.

IPOH – Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) boleh berhubung dengan polis jika mahu mendapatkan sebarang maklumat termasuk berkaitan keberadaan anak mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, maklumat tersebut boleh diperoleh sekiranya waris kanak-kanak itu tampil bertanya kepada polis atau agensi yang berkolaborasi dalam operasi berkenaan.

“Dari hari pertama kita melancarkan operasi, kita telah menguar-uarkan untuk sesiapa sahaja datang (tampil) ke depan untuk membantu siasatan.

“Dalam konteks siasatan, sekiranya ada terpisah dengan anak, boleh datang bertanya, bukannya tidak boleh. Macam mana pula mereka kata tidak tahu,” katanya ketika ditemui pada majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Mes Pegawai Kanan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Zulkafli Sariaat akan memangku tugas Datuk Azizi Mat Aris yang bersara wajib pada Ahad ini.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh keluarga kanak-kanak itu terhadap pihak berkuasa, beliau berkata, perkara itu merupakan hak waris berkenaan.

“Dalam konteks ini, kita ada prosedur dan proses perundangan di mana saringan awal dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pasukan perubatan.

“Bila diberi jagaan di bawah JKM, mereka pun ada prosedur untuk memastikan kanak-kanak ini diserahkan kepada orang yang betul-betul layak.

“Kalau keluarga mahu ambil tindakan undang-undang atau sebagainya, itu hak mereka. Saya rasa agensi terlibat tidak tergugat sebab itu tugas mereka,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI