PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, memuat naik gambar di Instagram Story berada di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Fazura tidak pula mendedahkan butiran terperinci mengenai fitnah yang dibuat pengguna media sosial berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon itu.
“Kita ada terima laporan Fazura, yang dibuat pukul 3.45 petang semalam di Damansara,” ujarnya ringkas. -KOSMO! ONLINE.