fbpx

Cuaca buruk hingga Ahad di utara, pantai timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menjangkakan cuaca buruk di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung sehingga Ahad.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, fenomena penumpuan angin timuran di kawasan tersebut berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.

Orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan, terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko terjejas.

Orang ramai boleh melayari www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau hubungi 1-300-22-1638 bagi pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI