fbpx

Cantik, ramai terpesona lihat seni bina masjid di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan dan reka bentuk Masjid Jamek Cina Muslim yang terletak di Klang.

PETALING JAYA – Keunikan reka bentuk Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Selangor mencuri perhatian orang ramai yang teruja melihat seni bina bercirikan tradisional Cina.

Sebuah perkongsian di TikTok oleh pengguna @akubukudankopi memaparkan keindahan masjid itu yang dibina dengan bumbung berbentuk jubin tradisional Cina dan menara masjid yang memukau.

Reka bentuk masjid itu turut dihiasi dengan elemen kayu di ruang solat utama dan kaligrafi gaya Cina yang menghiasi mihrab, memberikan pengalaman yang berbeza kepada para jemaah.

Menurut laman sesawang Masjid Cina Selangor, masjid itu yang terletak di Bandar Botanik, Klang dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar dan mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.

Katanya, ia merupakan satu-satunya masjid dengan seni bina Cina di Selangor dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, bilik kuliah, kedai cenderamata dan restoran.

Pembinaan masjid yang menelan belanja sekitar RM30 juta itu juga merangkumi sebuah bangunan empat tingkat termasuk kuarters imam.

Konsep perancangan masjid tersebut berasaskan paksi pusat dengan susunan ruang yang jelas dan penggunaan ‘courtyard’, menampilkan suasana harmoni antara elemen Islam dan seni bina tradisional Cina.

Hantaran itu rata-rata berjaya meraih perhatian pengguna media sosial yang memuji kecantikan masjid berkenaan.

“Terima kasih kongsi informasi ni. Pertama kali tahu wujudnya masjid ni,” kata Nadia.

“Alhamdulillah. Selesai sudah. Semoga dapat memberi keselesaan buat semua pengunjung. Aamiin,” ujar wansue.

“Setiap minggu singgah solat masjid ni. Memang cantik,” komen Fiza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI