fbpx

Amorim mahu ‘curi’ tiga pemain ke MU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM (tengah) bercadang membawa masuk beberapa pemain Sporting menyertainya di United pada Januari ini. - AFP

LONDON – Pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim sudah mula merancang perubahan besar bagi memperkukuhkan pasukannya dengan menyasarkan tiga bintang dari kelab lamanya, Sporting Lisbon.

Goncalo Inacio, Ousmane Diomande dan Viktor Gyokeres menjadi keutamaan Amorim untuk memperkuatkan barisan United seawal Januari ini tanpa mengira kos yang mungkin mencecah angka luar biasa sebanyak £201.3 juta (RM1.14 billion).

Sumber melaporkan Amorim ingin memastikan bahagian pertahanan lebih kukuh dengan Inacio dan Diomande menjadi sasaran penting kerana kualiti dua pemain itu sangat diperlukan bagi menstabilkan benteng United yang rapuh.

Namun, tidak mudah mendapatkan mereka kerana Inacio memiliki klausa pelepasan berjumlah £50.3 juta (RM286.80 juta), manakala Diomande bernilai £67.1 juta (RM382.59 juta) iaitu satu angka yang mencabar kemampuan kewangan kelab.

Bagi meningkatkan bahagian serangan, Amorim juga bercadang membawa Gyokeres yang dikatakan boleh memberikan nafas baharu di bahagian depan United.

Dengan klausa pelepasan sebanyak £83.9 juta (RM478.38 juta), pembelian ketiga-tiga pemain itu bakal menelan belanja besar dan merupakan sesuatu yang perlu dipertimbangkan dengan teliti.

Disebabkan itu, Amorim perlu membuat beberapa pengorbanan dengan menjual nama-nama besar seperti Casemiro, Antony, Christian Eriksen dan Victor Lindelof bagi memberikan ruang kepada skuad baharu.

Jika keempat-empat pemain itu dijual, United dijangka dapat menjimatkan lebih £42.6 juta (RM242.89 juta) setahun dari segi bayaran gaji yang dapat membuka jalan kepada Amorim untuk mengukuhkan lagi pasukan.

Jika usaha membawa masuk trio Sporting gagal pada Januari, laporan turut mendedahkan Amorim perlu mempertimbangkan pemain lain untuk mengisi kekosongan jangka pendek.

Salah satu nama dalam pertimbangan ialah bek tengah Barcelona, Andreas Christensen selain Amorim juga berminat untuk mengaktifkan klausa Alvaro Fernandez Carreras dari Benfica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI