fbpx

22 peserta kem SPM keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Seramai 22 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong, Setiu dekat sini dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas menikmati sarapan di sebuah resort di daerah itu semalam.

Mereka merupakan sebahagian 48 pelajar sekolah berkenaan yang sedang mengikuti Kem Anakku Cemerlang sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, kesemua peserta kem berkenaan menikmati sarapan disediakan pengusaha dewan makan resort berkenaan pada pukul 8 pagi.

“Sejam kemudian, seramai lapan pelajar yang sedang mengikuti kem itu tiba-tiba mengadu sakit perut dan muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Tidak lama kemudian dua lagi peserta turut mengadu sakit perut dan dihantar guru mereka ke Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelani berkata, kes keracunan makanan dipercayai akibat memakan sarapan terbabit kemudiannya meningkat kepada 12 pelajar lagi tidak lama kemudian.

Beliau berkata, setakat ini, sembilan pelajar telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Setiu manakala seorang telah dimasukkan ke dalam wad hospital sama.

“Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah melakukan siasatan termasuk mendapat maklumat daripada kesemua pelajar terlibat dalam kem SPM berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI