fbpx

Warga asing ‘tokan’ minyak masak peket diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI KPDN Melaka memeriksa minyak masak peket yang dijumpai disorok di sebuah rumah di Pengkalan Rama Pantai, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Seorang lelaki warga Bangladesh diberkas selepas dipercayai menjadi dalang pembekalan minyak masak peket bersubsidi di kawasan pembinaan di sekitar negeri ini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu berjaya dikesan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka melalui risikan Op Kita Gempur sejak sebulan lalu.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, penahanan lelaki itu membawa kepada serbuan di sebuah tapak pembinaan projek perumahan di Krubong.

“Kawasan ini disyaki menjadi antara lokasi lelaki itu membekalkan minyak masak peket kepada buruh warga asing.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 84 minyak masak peket disorok di sebuah kedai makan yang beroperasi dalam kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Op Kita Gempur di sini, hari ini.

Ujarnya, operasi bermula pukul 9 pagi dan tamat pukul 2 petang itu dilaksanakan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan berjaya merampas 560 kilogram minyak masak peket dan 50 kilogram tepung dianggarkan bernilai RM1,553.

“Kita percaya modus operandi digunakan adalah dengan menghantar minyak masak peket bersama-sama barangan lain seperti sayur-sayuran bagi mengaburi mata pihak berkuasa ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI