fbpx

Wang tunai RM1 juta hilang selepas dibawa keluar dari bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Wang tunai sebanyak RM1 juta yang diisi di dalam beg dilaporkan hilang dalam kejadian di Ampang Point, di sini, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

“Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, tular maklumat di media sosial menceritakan kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI