PETALING JAYA – Seekor anak kucing mati selepas mengalami kecederaan organ dalaman akibat diseksa menggunakan batu dipercayai diperlakukan oleh budak nakal.
Kisah itu dikongsikan oleh pemiliknya pada hantaran video TikTok Kakcha yang sedih kehilangan anak kucing bernama Gobi tersebut.
“Apa perasaan korang bila kucing kesayangan diperlakukan sebegini oleh budak nakal, dipukul dengan batu sehingga cedera organ dalaman.
“Kena maafkan sebab budak? Atau diberi pengajaran setimpalnya? Aku pun pelik macam mana ibu bapa membesarkan anak dengan sifat ganas macam ni.
“Adik-beradik semua sedih tengok Gobi sakit. Berehatlah sayang, sesungguhnya dunia yang jahat ini tidak sesuai denganmu,” katanya pada hantaran itu.
Kakcha memberitahu, dia memelihara Gobi sejak dua bulan lalu.
“Comelkan dia, walaupun sudah tidak bernyawa. Masih lagi comel macam mula-mula bela.
“Masa ni aku dah tak boleh tahan sebak. Suami dah nak tanam Gobi. Tengok dia membesar depan mata. Sakit hati aku, kau tahu tak,” katanya.
Ujarnya, dia tidak sempat menghantar anak kucing tersebut ke klinik veterinar berikutan ketika itu sedang bercuti Deepavali.
“Tengok dia mati dalam keadaan macam ni. Aku tak sempat bawa vet sebab semua tutup cuti Deepavali.
“Selamat tinggal Gobi. Boo sayang Gobi sangat, nanti bagitahu Tuhan siapa buat Gobi. Biar Tuhan hukum setimpalnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@sabeauty95Didik anak baik baik jangan sampai orang yg tolong “didikan “. Budak nakal aku boleh terima budak jahat sorry , no nego ..