fbpx

Tutorial kain kafan secara live dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain kafan Kafani dijual secara penstriman live di TikTok. - TikTok

JAKARTA – Seorang pemilik kedai menjual kain kafan di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menjual produk itu secara live di platform TikTok dan menunjukkan tutorial pemakaian kain kafan, lapor laman berita Detik hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kafani, Yoka berkata, perniagaan tersebut dimulakan pada Mac lalu dengan kedainya dibuka di Arcamanik, Bandung.

Baru-baru ini, Yoka dan kakitangannya mahu cuba menjual secara penstriman live di media sosial dan dia tidak menyangka bahawa jualannya mendapat sambutan ramai.

“Ramai orang termasuk netizen tidak mengetahui cara memakaikan kain kafan.

“Kami mahu mendidik dan semoga ia dapat menjadi dakwah,” katanya.

Tambah Yoka, ketika live, dia banyak mendapat pertanyaan daripada pengguna media sosial mengenai warna, corak dan ukuran kain kafan.

“Kami mahu mendidik bahawa kain kafan itu tidak mempunyai ukuran S,M atau L. Ia diukur dalam meter,” jelasnya.

Kain kafan yang dijual oleh Kafani berharga antara 300,000 rupiah (RM84) hingga 700,000 rupiah (RM196). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI