fbpx

Sanusi minta jangan ‘scam’, harap ada sinar buat KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki kelab bola sepak itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.- Foto FB KDA FC

SUNGAI PETANI – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berharap pihak yang berminat untuk mengambil alih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) agar benar-benar berkemampuan untuk menguruskan pasukan bola sepak itu.

Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, walaupun urusan pemilikan kelab itu tidak bersangkutan dengan kerajaan negeri, beliau mengingatkan agar tiada ‘tipu daya’ oleh pihak terlibat.

“Kalau dia ada kemampuan untuk selesai masalah silakan, kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan itu. Jangan scamlah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

“Macam scammer, tak baguslah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita, dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco sukan (untuk ambil alih KDA),” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berharap agar ada sinar di hujung terowong buat pasukan bola sepak itu terutama kebajikan para pemain.

Tambahnya, pihak yang berminat untuk mengemudi KDA itu dimaklumkan ada berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Radhi Mat Din sebelum ini.

“Saya tak tahu (urusan pertemuan itu), dia tak berurusan dengan saya. Dia berjumpa Exco sukan yang seterusnya meminta dia berurusan dengan peguam KDA kerana perkara ini tidak berkaitan dengan kerajaan sebab KDA bukan kerajaan punya,” jelasnya.

Pada awal bulan ini, KDA FC mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki kelab bola sepak itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI