fbpx

MP merokok di bangunan Parlimen patut didenda RM5,000 – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menempelak tindakan beberapa Ahli Parlimen yang mengingkari peraturan larangan merokok dalam bangunan Parlimen sekali gus telah menunjukkan contoh buruk terhadap rakyat.

Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, tindakan ahli-ahli Parlimen terbabit sememangnya amat memalukan dan mereka seharusnya dikenakan tindakan yang sewajarnya.

“CAP mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengambil tindakan tegas terhadap ahli Parlimen yang melanggar peraturan dengan merokok di kawasan larangan Parlimen.

“Ahli Parlimen adalah orang yang menyokong Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024(Akta 852) yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober. Pembuat undang-undang menjadi pelanggar undang-undang, ini amat memalukan dan CAP kecewa dengan perkara yang berlaku.

“Difahamkan terdapat tiga tempat yang disediakan untuk Ahli Parlimen merokok. Tetapi ramai dalam kalangan mereka memilih kawasan larangan untuk merokok. Mereka sepatutnya menunjukkan contoh teladan kepada rakyat,” katanya di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan dengan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Justeru menurut Subbarow, CAP menggesa pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang ditugaskan untuk memantau supata mengambil tindakan segera termasuk mengenakan denda maksimum RM5,000.00 mengikut Akta 852. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI