fbpx

Menang pilihan raya jadikan Trump kembali kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump merupakan presiden AS pertama yang disabitkan dengan kes jenayah. - AFP

WASHINGTON  – Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam akan menamatkan kes-kes jenayah yang dikenakan terhadap dirinya, sekurang-kurang  selama empat tahun semasa beliau menguasai White House.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, bekas presiden AS pertama yang menghadapi pertuduhan jenayah itu berdepan empat pendakwaan serentak tahun ini.

Ia berhubung dakwaan beliau cuba menutup mulut pelakon filem lucah, Stormy Daniels semasa kempen politik pada 2016 hinggalah kepada usaha untuk membatalkan kekalahannya dalam  pilihan raya 2020.

Juri New York berkata pada Mei lalu bahawa Trump bersalah kerana memalsukan rekod perniagaan yang dikaitkan dengan bayaran kepada Daniels. Ia menjadikan beliau bekas presiden AS pertama yang disabitkan kes jenayah.

Pada 24 Oktober lalu, Trump memberitahu seorang wartawan bahawa beliau akan memecat Peguam Khas AS, Jack Smith dalam masa dua saat selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Smith mengetuai pendakwaan persekutuan berhubung percubaan Trump untuk membatalkan kekalahan pilihan raya 2020 dan menyimpan dokumen sulit selepas bersara.

Trump mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menyifatkan dakwaan terhadap dirinya bermotifkan politik.

Terdapat satu lagi tarikh mahkamah yang telah dijadualkan sebelum Trump mengangkat sumpah pada 20 Januari depan, namun pakar undang-undang berkata ia mungkin ditangguhkan.

Di New York, peguam Trump dijangka meminta Hakim Juan Merchan menangguhkan hukuman yang dijadualkan pada 26 November ini, di mana beliau berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun. 

Menjatuhkan hukuman kepada calon presiden menjelang hari mengangkat sumpah tidak pernah berlaku dalam sejarah AS, manakala pakar undang-undang menjangkakan perbicaraan akan ditangguhkan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI