PETALING JAYA – Selepas tular berita mengenai seorang lelaki yang risau tentang kehadiran kereta tempatan di Mont Kiara, seorang wanita pula berseloroh apabila hanya memandu Perodua Myvi ke kawasan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Kunyahan, wanita itu menyatakan bahawa dia hanya menaiki Myvi untuk ke Mont Kiara dan berseloroh mungkin tidak boleh lagi menaiki kereta tempatan ke sana.
“Saya yang pergi Mont Kiara itu, naik kereta Myvi 1.5 saja.
“Jadi macam mana ini, dah tak boleh pergi Mont Kiara naik kereta tempatan,” selorohnya dalam video berkenaan.
Gelagat wanita itu mencuit hati netizen, dan ramai yang terhibur dengan gurauannya.
“Comel lah akak. Kasihan kita yang naik kereta tempatan ini. Tak boleh masuk Mont Kiara ke? Hahaha,” ujar pengguna TikTok, Brassavola Florist.
“Lawaklah awak ni. Saya terhibur teruk sejak tengok video awak sebelum ni,” kata Daisymuns.
“Saya hari-hari pergi Mont Kiara naik Axia sebab kerja. Lepas ni dah tak boleh masuk ke?” seloroh Flooweryy.Nskz. -KOSMO! ONLINE