fbpx

Lelaki tular marah jurutol wanita didenda RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang lelaki yang tular memarahi jurutol wanita dan menendang dinding kaunter di Plaza Tol Batu 9, Cheras didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rahim Ramlan, 31 selaku orang kena saman (OKS) selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu OKS boleh dipenjara sehari dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, OKS yang bekerja sebagai mekanik itu didakwa menggunakan perkataan kurang sopan terhadap jurutol, Ridwana Umairah Mahadi, 22, dengan tujuan untuk mengganggu keamanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Tol T22, Plaza Tol Batu 9, Taman Cuepacs, Cheras di sini pukul 1.38 pagi pada 3 November lalu

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, Abdul Rahim merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya K S. Rinisha Priyya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Abdul Rahim turut mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah disyaki Methamphetamine ke dalam tubuh badannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pukul 9 malam lada 4 November lalu

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta sama dan sebelum ini tertuduh mempunyai dua kesalahan lampau.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(e) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum tujuh tahun serta maksimum tiga sebatan selain pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi laporan patologi dan kimia.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 13 Dissmber ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI