fbpx

Lelaki maut, anak perempuan cedera kereta bertembung pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Waja dan pikap Isuzu selepas terlibat kemalangan di Jalan Baling-Pengkalan Hulu dekat Gunung Inas, Baling hari ini.

BALING – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah pikap di Jalan Baling-Pengkalan Hulu dekat Gunung Inas, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Shafiron Mohd Zaid, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Sementara anak perempuannya berusia dua tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Proton Waja dipandu mangsa dari arah Sungai Petani hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudian bertembung sebuah pikap jenis Isuzu yang datang dari arah bertentangan iaitu Pengkalan Hulu.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya cedera,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu pikap dan dua penumpang yang merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI