fbpx

Lebih 30,000 B40 terima MyLesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke memakaikan topi keledar kepada salah seorang peserta pada majlis tersebut, hari ini.- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – Lebih 90 peratus atau 30,000 golongan B40 telah menerima bantuan lesen memandu menerusi program MyLesen di seluruh negara setakat ini.

Penerima lesen terutama belia itu meliputi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal), Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima lebih 130,000 permohonan bagi program MyLesen tersebut.

“Daripada jumlah itu, hanya sebahagian permohonan layak menyertainya selepas menjalani tapisan syarat–syarat yang ditetapkan.

“Sehingga kini, program itu berjalan lancar dengan lebih 30,000 orang telah menerima lesen manakala bakinya akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini,” katanya selepas merasmikan penutupan program MyLesen peringkat Selangor di JPJ negeri, Padang Jawa di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan lesen memandu kepada 2,175 orang yang berjaya menjalani latihan dan ujian menerui program khas itu.

Pada Belanjawan Madani 2025 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan meneruskan bantuan lesen motosikal kepada 15,000 anak muda kurang berkemampuan seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI