fbpx

Laman sendiri, cuaca lebih memihak Jeonbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEONBUK tidak rela tewas buat kali kedua berturut-turut kepada Selangor seperti yang terjadi di MBPJ bulan lalu. - FARIZ RUSADIO

KEMENANGAN pada perhitungan timbal balik Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) menentang Selangor FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan petang ini mampu memulihkan maruah Jeonbuk Hyundai Motors yang kini dipalit masalah prestasi.

Walaupun berdepan kemarau kemenangan dalam lima aksi terakhir, pengendali kelab Korea Selatan itu, Kim Do-Heon sudah pun memberi amaran tiada jalan mudah buat The Red Giants.

“Kami sudah lihat kelemahan, jadi kami kena tambah baik apa yang kurang. Saya percaya perlawanan itu nanti akan jadi aksi yang bagus buat kedua-dua pasukan.

“Ramai penyokong yang jangkakan kami mampu lepasi peringkat kumpulan tetapi penting buat kami adalah saingan liga (domestik). Tetapi tidak bermakna akan ada perlawanan yang tidak penting.

“Kami akan bermain di tempat sendiri dan sudah pasti kami akan melakukan persiapan sehabis baik. Saya yakin kami mampu pamerkan prestasi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Daripada lima perlawanan terakhir, Jeonbuk hanya meraih satu keputusan seri ketika mengikat Incheon United tanpa jaringan, manakala selebihnya berakhir dengan kekalahan termasuk tunduk 1-2 kepada Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bulan lepas.

“Pemain muda kami perlukan pengalaman untuk jadi lebih baik dan saya anggap apa yang mereka lalui adalah perkara bagus buat mereka,” tambah Do-Heon.

Daripada rekod dalam tiga perlawanan Kumpulan H sebelum ini, Jeonbuk dilihat mempunyai jentera serangan yang lebih baik berbanding Selangor apabila mereka merekodkan 11 gol berbanding hanya empat buat Gergasi Merah.

Faktor cuaca juga dikatakan memberikan lebih kelebihan kepada Jeonbuk di mana perlawanan dijangka berlangsung dalam keadaan berangin.

Berdasarkan ramalan, suhu di Stadium Piala Dunia Jeonju boleh mencecah 9 darjah celcius dengan kadar tiupan angin 13 kilometer sejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI