PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Johor, cuaca buruk ini dijangka melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.
Bagi Sarawak pula, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuching (Lundu dan Kuching), Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis).
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa di Sabah, kawasan yang terlibat ialah kawasan Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik diramal meliputi seluruh semenanjung negara kecuali Pahang, petang ini. – KOSMO! ONLINE