fbpx

Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kawasan gurun diliputi dengan warna putih di Arab Saudi. - Foto SPA

RIYADH  – Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi, lapor portal berita Daily Express semalam.

Pelbagai sumber melaporkan bahawa salji turun di wilayah Al-Jawf.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, agensi berita Arab Saudi melaporkan, fenomena itu berpunca daripada hujan batu. 

“Wilayah Al-Jouf diselubungi hamparan putih akibat hujan batu dan hujan lebat di bahagian utara Kota Sakaka serta Dumat al-Jandal.  

“Hujan lebat  disertai hujan batu melanda banyak kawasan di Al-Jouf sejak Rabu  (minggu lalu),  menenggelamkan tanah dengan air dan menyebabkan sungai mengalir, menandakan ketibaan musim bunga.

“Wilayah Al-Jouf terkenal dengan bunga liar bermusim pada musim bunga,” lapor agensi berita Saudi Press.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI