fbpx

Guardiola enggan benarkan City ‘hancur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA (kanan) berjanji memastikan City keluar daripada ‘fasa gelap’ yang menyelubungi pasukannya ketika ini. - AFP

LISBON – Era kejatuhan Manchester City dilihat hampir menjadi kenyataan selepas dibelasah Sporting Lisbon 1-4 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Keputusan itu merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dialami City dan ia dikatakan berpunca daripada krisis kecederaan pemain-pemain utama yang sedang membelenggu juara Eropah 2023 berkenaan.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, beliau sudah tahu pasukannya akan berdepan cabaran sukar pada saingan musim ini, namun ia bukan alasan untuk mereka ‘mengibar bendera putih’ terlalu awal.

“Sejak awal musim lagi saya sudah tahu kami akan berdepan saingan lebih mencabar berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, inilah yang saya suka dan kami akan berdepan dengan situasi ini dengan berani.

“Apa yang pasti, saya tidak akan mengaku kalah. Kami pernah berdepan situasi seperti ini ketika musim pertama saya bersama City, namun inilah bola sepak dan kami perlu menghadapinya,” katanya.

Pada ketika ini, The Citizens berdepan masalah kecederaan yang cukup serius apabila beberapa pemain utama seperti John Stones, Ruben Dias dan Kyle Walker masih cedera manakala Kevin De Bruyne hanya beraksi pada enam minit terakhir.

“Saya cuba untuk mencari alasan tetapi kami perlu menerimanya. Kadang-kadang kami perlu berdepan keadaan seperti ini dan semua orang perlu menampilkan aksi lebih baik kerana City masih berada dalam semua pertandingan,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI