fbpx

Gelaran Terbuka China lonjak ranking Rachel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN menjuarai Terbuka China menyaksikan Rachel melonjak ke ranking 19 dunia. - PSA SQUASH TOUR

PEMAIN skuasy wanita negara, Rachel Arnold meraih gelaran terbesar dalam kariernya ketika memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka China yang berlangsung di Pusat Sukan Shanghai Oriental pada Sabtu lalu.

Selepas lima tahun menanti, pemain berusia 28 tahun itu berjaya menamatkan kemarau tersebut dengan memastikan kejuaraan pada kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bertaraf Perak itu.

Pada aksi final, Rachel menampilkan permainan cukup baik untuk mengenepikan cabaran pemain No. 15 dunia dari Mesir, Farida Mohamed menerusi keputusan 11-5, 11-8, 11-8 dalam tempoh 27 minit.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Rachel memandangkan kali terakhir dia meraih kejuaraan adalah lima tahun lalu ketika meraih gelaran Terbuka Malaysia pada 2019.

“Saya bermain dengan penuh yakin pada aksi final. Ketika itu, saya cuma anggap ia seperti perlawanan biasa dan tidak sebesar aksi final. Rasa seperti tidak percaya, namun saya sangat gembira.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan dan memberi sokongan kepada saya,” kata Rachel yang melonjak ke ranking 19 dunia selepas kemenangan itu.

Dalam laluan ke perlawanan akhir, Rachel melakar kejutan dengan menewaskan pilihan utama, Rowan Elaraby dari Mesir sebelum menyingkirkan rakan senegara, Aira Azman di pentas separuh akhir.

Sebagai rekod, Terbuka China yang merupakan Jelajah PSA bertaraf Perak itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$178,000 (RM781,687), masing-masing AS$89,000 (RM390,843) bagi kategori lelaki dan wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI