fbpx

‘Dia tone deaf’ – Rashidi Ishak suruh Fazura belajar vokal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI Ishak mengesyorkan Fazura mencari guru vokal bagi memperbaiki cara nyanyiannya.

PETALING JAYA – Kualiti nyanyian pelakon Nur Fazura dikritik teruk, aktor Rashidi Ishak menasihatkan pengurus aktres terbabit mencarikan guru vokal sebagai pembimbingnya menjadi penyanyi yang baik.

Bukan mudah, Rashidi, 51, berkata, Fazura memerlukan bantuan pakar nyanyian terutama dalam genre balada yang disifatkan sangat mencabar untuk didendangkan.

“Saya menonton persembahan Fazura dalam sebuah program di Jakarta.

“Pengurusnya perlu memberitahu dia untuk mendapatkan jurulatih vokal kerana dia ‘tone deaf’.

“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi juga gitaris Dead Mushroom itu menerusi hantaran dalam media sosial.

Tambah pelakon drama Kampung People itu, ilmu vokal boleh dipelajari dengan latihan intensif malah yakin bekas isteri kepada Fattah Amin itu mampu menyanyi dengan lebih baik andai berusaha secara konsisten.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih.

“Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.

“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” ujarnya.

Selasa lalu, penampilan pelakon Gol & Gincu itu di Jakarta adalah kali pertama selepas perceraiannya dengan Fattah Amin pada 7 Oktober.

Dalam program tersebut, Fazura mempromosikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang asalnya duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun, percubaannya menyanyikan lagu tersebjut secara langsung mengundang pelbagai reaksi malah ramai netizen menitipkan nasihat agar aktres itu menilai kembali potensi karier nyanyiannya.

Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini menjadi perhatian selepas dilancarkan sejurus Fazura dan Fattah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan terbabit berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI