fbpx

Dewan Rakyat: Guna AI tambah baik mutu dan kualiti jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) merancang memanfaatkan teknologi internet kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) dalam menambah baik kualiti jalan raya di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, kaedah pembaikan jalan raya rosak boleh dipercepatkan dengan menggunakan teknologi tersebut.

Menurut beliau, KKR telah pun menerima kunjungan beberapa syarikat menawarkan penyelesaian terhadap kualiti dan mutu jalan raya dengan penggunaan teknologi IoT dan AI.

“Sebuah syarikat dari luar negara yang bertapak di negara ini mencadangkan penambahbaikan aplikasi MyJalan menggunakan sistem mereka.

“Ini semua bagi mencapai satu kaedah yang mana kita mahu bersama negara maju untuk memastikan kualiti dan mutu jalan yang selesa,” katanya pada sidang di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) sama ada KKR akan mengesan kerosakan jalan dengan menggunakan teknologi IoT dan AI.

Terdahulu, Alexander memaklumkan, penyelarasan status aduan daripada agensi lain di bawah aplikasi MyJalan dapat dilaksanakan melalui penggunaan sepenuhnya Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi kerajaan negeri.

Kata beliau, KKR dan JKT malah bersetuju supaya integrasi aduan melalui aplikasi MYJalan dilaksanakan secara terus kepada SISPAA JKT atau PBT.

Ujar beliau, ia memudahkan pemantauan tindakan terhadap aduan dan pengadu akan mendapat status tindakan terhadap aduan yang diberikan secara automatik.

Tambah beliau, KKR turut mengadakan libat urus dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi membincangkan sistem SISPAA dan penambahbaikan membabitkan inter-agensi.

“Begitu juga keperluan untuk BPA mengintegrasikan SISPAA dengan sistem lain yang digunakan untuk penyelenggaraan jalan raya.

“KKR akan membawa isu dan cadangan berkaitan penyelarasan aduan aplikasi MYJalan ke peringkat Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI