fbpx

Chelsea hilang Palmer lawan Arsenal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER dikatakan perlu direhatkan untuk aksi derbi London menentang Arsenal awal pagi Isnin ini.

LONDON – Chelsea berpeluang mengesahkan kedudukan dalam kelompok 24 terbaik Liga Konferens Europa sekiranya menang ke atas kelab kerdil dari Armenia, FC Noah menjelang aksi ketiga di Stamford Bridge awal pagi esok.

The Blues berjaya merekodkan kemenangan bersih daripada dua perlawanan awal dengan meledak lapan gol selepas menewaskan KAA Gent 4-2 dan 4-1 ke atas Panathinaikos.

Disebabkan itu, Chelsea mungkin memilih untuk merehatkan beberapa watak utama seperti Cole Palmer sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bertemu Arsenal bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi Isnin ini.

Ia disebabkan kecederaan dialami Palmer selepas menerima terjahan keras daripada bek tengah Manchester United, Lisandro Martinez ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Old Trafford hujung minggu lalu.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca berharap keputusan daripada ujian imbasan akan menunjukkan tahap kecederaan Palmer tidak serius dan boleh diturunkan menentang The Gunners nanti.

“Ia akan menjadi satu masalah jika pemain-pemain mengalami kecederaan terutamanya masalah yang berulang. Sukar untuk anda mencari solusi tetapi saya percaya ia boleh diselesaikan,” katanya.

Pengendali berusia 44 tahun itu tiada masalah untuk mencari pengganti kepada Palmer kerana memiliki ramai pemain berpotensi seperti Pedro Neto, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke dan Joao Felix.

Dalam masa sama, beliau juga kembali mendapat khidmat Jadon Sancho yang terlepas aksi menentang United kerana tidak dibenarkan menentang kelab asalnya berdasarkan peraturan pinjaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI