fbpx

Bilangan pegawai UPNM ditambah cegah kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan E-Sport Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (SDK ATM) di SMK Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. -Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Bilangan pegawai di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan sebagai salah satu usaha mencegah kejadian kes buli dan penderaan dalam kalangan penuntut.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pertambahan pegawai berdasarkan nisbah pelajar diyakini dapat meningkatkan tumpuan pengawasan, sekali gus mencegah insiden sama berulang.

Jelasnya, perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian, manakala usaha meningkatkan kesedaran penuntut universiti itu mengenai jenayah buli turut diberi keutamaan dan dibuat secara berkala.

“Kita (Kementerian Pertahanan) tidak boleh terima kes buli berlaku di universiti ini, dalam kes yang begini kita tidak boleh tolak ansur dan akan bertindak berdasarkan peraturan yang termaktub dalam kem.

“Jika ada laporan polis yang dibuat, kami di pihak kementerian akur dengan tindakan undang-undang yang akan diambil,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI