PETALING JAYA– Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas minuman yang ingin diminumnya dimasuki seekor cicak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Shahrulaimn, dia menunjukkan minuman yang telah tercemar dan menjelaskan bahawa dia hanya menyedari kehadiran cicak tersebut setelah meneguk air berkenaan akibat kepedasan.
“Maggi dah pedas, jadi kelam-kabut minum air.
“Awak buat apa dalam itu? Orang dah minum, baru nampak awak,” keluhnya dalam video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen dengan nada gurauan mengenai insiden tersebut.
“Dia tolong hilangkan pedas abang sahaja. Cuba minum sikit lagi, mesti tak pedas dah,” seloroh Chipsmoll.
“Wah, beli di mana itu abang, sekali boba-boba kehidupan itu,” ujar Bie.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa seperti pengguna tersebut.
“Mak saya pernah minum kopi yang ada cicak dalam tu. Sudah habis baru perasan ada cicak,” ujar Yannn.
“Ini okay lagi sebab boleh nampak, saya punya air milo tau. Cicak dah terapung dengan perut kembung,” tambah Anis. -KOSMO! ONLINE