fbpx

Bayi meninggal dunia dalam buaian rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT bayi berusia tujuh bulan dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi proses bedah siasat, hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas di dalam buaian di rumah pengasuh di perumahan Kuarters KLIA, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, polis dihubungi pihak Klinik Kesihatan Kuarters KLIA kira-kira pukul 12.45 tengah hari berhubung kejadian tersebut selepas pengasuh tersebut membawa bayi berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kira-kira pukul 7.30 pagi, pengasuh telah memasukkan bayi lelaki itu ke dalam buaian setelah dihantar oleh ibu bapanya.

“Apabila pengasuh ingin mengejutkan mangsa untuk dimandikan, didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal tubuh badan si mati dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, keluarga mangsa ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau enggan memanjangkan kejadian tersebut, sebaliknya menganggap ia sebagai takdir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI